KENAPA PERLU JADI KATAK PEKAK???

Katak super biru ni dari keluarga Dendrobatidae, merupakan katak asli amerika tengah dan selatan.


Entri kali ini, kita cerita tentang KATAK PEKAK, anda tahu apa itu KATAK PEKAK??hehe apa sebenarnya entri ini, KENAPA perlu jadi KATAK pekak. Siapa KATAK PEKAK ? APA itu katak pekak? DImana KATAK PEKAK?

RAHSIA nak berjaya jangan ambil hati dengan kata-kata orang yang mengata dan menjatuhkan kita. Jadilah KATAK pekak yang tidak peduli dengan kata-kata negatif kepada kita.

KATA-kata yang  MEMBINA pada kita, ucaplahkan terima kasih kerana memberi kata-kata yang baik pada kita.

Biarlah apa orang nak cakap tentang kita, tapi ALLAH tahu apa yang ada dalam hati kita, sebab itu ada pepatah melayu yang berkata rambut manusia  sama-sama hitam tapi hati orang lain-lain. HATI BIAR BAIK

KATAK PEKAK ialah katak yang tidak boleh mendengar so jadilah seperti katak pekak, kita teruskan perjuangan tanpa perlu jatuh atau down dengan kata-kata orang lain. SELAMAT BERJAYA SEMUA JADI KATAK PEKAK YANG KUAT


 Ceconet kan. katak ni boleh dijumpai kat pergunungan Andes, Peru selatan. Dengan ketinggian antara 9.925 dan 10.466 kaki di atas permukaan laut. Hoh. 

BIAR badan kita  kecil JIWA dan SEMANGAT kita  BESAR BERSAMA MATLAMaT yang BESAR.



Jemput baca kisah KATAK pula...

Hasutan Katak Kepada Katak



Alkisah katak…

Sekumpulan katak sedang bergerak di dalam belukar, dan tetiba ada dua daripada mereka jatuh ke dalam satu lubang hitam yang dalam.





Katak-katak yang lain yang nampak kedalaman lubang tersebut memberitahu dua ekor katak tersebut, “Matilah kamu berdua.”
Dua-dua katak itu cuba melompat keluar sekuat mungkin. Tapi mereka tidak berjaya. Dan katak-katak lain menyuruh mereka berhenti mencuba kerana ini dah sememangnya akan mati.


 


Satu daripada 2 ekor katak tersebut mendengar apa yang dkatakan katak-katak lain lalu berputus asa dan jatuh mati ke dalam lubang tersebut.


Seekor lagi terus mencuba. Katak-katak lain terus menyuruhnya berputus asa.


Akhirnya seekor katak ini berjaya melompat keluar dan katak-katak lain terkejut.

“Mengapa dia tak dengar cakap-cakap kita ya,: tanya mereka semasa sendiri.

“Sebab, dia itu pekak,” kata seorang sahabat katak yang datang.

Kisah ini membawa dua pengajaran:
1.Perkara yang keluar daripada mulut sesiapa – boleh membantu orang yang sedang muram
 untuk membolehkan mereka senyum semula

2. Jangan sesekali guna bahasa kesat kepada mereka yang muram kerana ia boleh membunuh seseorang (seperti katak pertama).

“Berwaspada dengan apa yang kita katakan. Sesiapa sahaja boleh bercakap sesuatu tetapi di salah tempat, ia akan menyebabkan semangat sesorang untuk mengharungi masalah runtuh.

Senyum ( Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official))







Comments

Popular Posts