Terlalu lama meninggalkannya
Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT, ana masih diberi peluang kembali melakar nukilan setelah lama rasanya meninggalkan arena dunia penulisan ini, lama x lama jugak waktu ana menulis dulu, ana masih sebagai student lagi, tapi kini ana bukan sebagai student lagi tapi orang yang tiada keje apa orang selalu panggil penganggur tapi bukan tanam anggur la ya.Allhamdulillah selesai sudah tanggungjawab sebagai student tapi bukan bererti terhentinya pembelajaran dan menuntut ilmu.Kutiplah ilmu apa sahaja tapi biarlah yang bermanfaat dimana sahaja dan bila-bila masa.Alhamdulillah, bulan yang mulia ini, kita diberikan peluang mengutip dan menimba pahala dalam bulan Ramadhan ini, syukur kita masih hidup lagi.Hargailah setiap masa kita, lagi-lagi time bulan Ramadhan ini.Bagi ana,Masa itu lebih berharga dari emas, emas masih bole dibeli-beli tapi masa tiada siapa yang menjualnya so gunakan masa sebaiknya. Ana nak cerita tentang menulis ini, ana rasa banyak manfaatnya dan benefits pada ana, ana menulis sambil memberi peringatan dan nasihat pada diri sendiri, selain itu kita nak menulis mesti nak kena baca, dari situ kita dapat menambah ilmu dan banyak lagi kalo cerita memang x habislah, InsyaAllah ana akan terus menulis selagi diberikan kekuatan dariNya.Semoga bertemu lagi.
Tambahkan ilmu, sambil tambahkan amal dan ibadah semoga iman dan taqwa juga bertambah...
Hasil nukilan
cahayataqwa
Comments
Post a Comment