8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri
8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga
Kesihatan Diri
Tubuh badan yang sihat akan menjana minda yang cergas lagi cerdas. Apabila tubuh kita sihat, kita akan bertenaga untuk melakukan kerja seharian dan juga melakukan amal ibadat yang diperuntukkan kepada kita. Di sini terdapat 8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri yang dapat kita sama-sama praktikkan.

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah
mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat,
solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal
ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran
udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan
akal fikiran.
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah
sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut
halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap
orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR.
Muslim)
3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam
tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga
untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan
ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan
bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini
penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih
selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak
betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada
terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi
ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk,
maka perlu berbaring.
Kemudian
membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’
dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di
hati.
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya
kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang
pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA
sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara
hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat
kita rindukan pertemuan dengannya.”
SAMA-SAMA
KITA MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH S.A.W =)
Comments
Post a Comment