BAHAGIA BERSAMAMU




ASSALAMUALAIKUM


15 April 2016 selepas asar

Buat suamiku tercinta, ingin ku khabar seluruh alam semesta, sayang bahagia hidup bersamamu, susah senang hingga ke syurga sayang ingin sentiasa bersama Abang. Sayang lah isteri paling bahagia memilikimu sebagai suamiku. Aku bersyukur atas nikmat yang diberikan. Semoga Kebahagiaan kita akan diserikan dengan kehadiran permata- permata hati kita InsyaALLLAH


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki

Popular Posts