MENULIS LAGI




ASSALAMUALAIKUM,

Syukur, Alhamdulillah

Kisahnya, dah lama sangat hanis tinggalkan blog ini tanpa berita kan, sayang dan minat nak menulis tak pernah hilang, dari zaman belajar, hanis perlahan-perlahan belajar menulis blog sehinggalah sekarang hanis dah masuk zaman perkahwinan, insyaAllah bakal  memasuki fasa satu lagi zaman ibu-ibu pula, syukur pada ALLAH,

JOdoh dari Allah dipermudahkan, tanpa berkawan, tanpa bersuara, ikatan dibina atas jodoh dari ALLAH yang Maha Berkuasa. Cepat sungguh sebenarnya, kawan-kawan dekat sahaja yang tahu hanis bertunang dan bila nak kahwin ramai orang yang terkejut. Itulah dikatakan jodoh dari ALLAH.

Rupanya, dulu-dulu, sebelum berkahwin, bakal suami dah skodeng blog hanis, nak kenal siapa bakal isteri dia, Ya ALLAH malunye, dah tulis macam-macam pastu tulisan macam apa je. Yang part bestnye bila dah selamat jadi suami, suami tanya hanis "sayang taknak menulis lagi ke?" kantoi la masa tu suami dah baca blog hanis masa kami tunang dulu-dulu dan mungkin suka kot cerita bakal isteri dia..hahaha perasan

Atas minat suka menulis dan dorongan kuat dari suami tercinta, lagi satu dah ade peminat no satu kenala hanis menulis lagi, semoga tulisan hanis memberi manfaat pada orang lain dan menjadi sweet memori buat kami dan bakal anak-anak kami bila dah pandai baca nantila..hehe jumpa lagi dalam post yang lain, insyaAllah 

Popular Posts