Wanita Syurga
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Syukur kepada Allah masih memberi kekuatan kepada saya untuk terus melakar bicara. Tajuk apakah ciri-ciri wanita syurga sangat menarik bagi saya kerana sebagai seorang wanita muslimah, sudah pasti saya ingin menjadi ahli syurga. Saya sangat pasti, setiap wanita muslimah di luar sana pasti mahu menjadi ahli syurga. Tetapi, kita sedia maklum semua orang mahu menjadi ahli syurga, tapi adakah kita tindakan atau perbuatan kita sekarang ke arah syurga atau ke arah sebaliknya.
Zaman sekarang,terlalu penuh dengan benda atau perkara yang membawa kita hanyut ke lembah kekufuran dan kemaksiatan, inilah rencana orang kafir. Pelbagai cara dan gaya mereka untuk anak-anak islam, tujuan mereka sudah pasti mahu kita lemah iman dan jauh dari landasan islam. Dari makanan kepada pakaian kita, mereka mengusai kita, sedarkah kita.
Walaupun kita sendiri, tahu dunia ini hanya sementara sahaja dan akhirat sana yang kekal selamanya, tapi kita masih hidup di dunia ini bagaikan kita hidup untuk selamanya, selalunya orang akan kata hidup hanya sekali so kita perlu enjoy sepuas-puasnya.
Sedarlah kita, hidup di dunia hanya sebentar dan kita wajid menggunakan masa yang singkat di dunia ini untuk membawa bekalan amalan di akhirat sana bukannya melakukan dosa untuk dibawa ke sana. Marilah kita bersama-sama berubah dari buruk ke baik, yang sudah baik ke yang lebih baik dan juga terus berusaha untuk menjadi wanita ahli syurga amen.
Di antara ciri-ciri wanita ahli syurga adalah:
1. bertaqwa
2. beriman kepada Allah SWT, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk
3. bersaksi bahawa tiada IIah yang berhak disembah kecuali Allah SWT, bersaksi bahawa Muhammad SWT adalah hamba dan rasulNya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan naik haji bagi mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah SWT seakan-akan melihat Allah SWT. Jika tidak dapat melihat Allah SWT, dia mengetahui bahawa Allah SWT melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah SWT, tawakal kepada Allah SWT, mencintai Allah SWT dan rasulNya, takut terhadap azab Allah SWT, mengharapkan rahmat Allah SWT, bertaubat kepadaNya dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah SWT serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya
6. Gemar membaca al-Quaran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah SWT ketika dan berdoa kepada Allah SWT semata-mata.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakkan yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang mahupun dalam keadaan sempit menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersilap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataa dusta, saksi palsu dan menceritakan keaiban ornag lain(ghibah)
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua
15. Menyambung silaturahim dengan kaum kerabat, sahabat yang dekat dan yang jauh.
(Kitab majmu’ fatawa karya syaikhul islam Ibnu tamiyyah juz 11 halaman 422-423)
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis Riwayat Baihaqi)
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka.” (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: “Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia.”
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. “Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya.” (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)
Comments
Post a Comment