Ayah kaulah segalanya buatku

 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Terlalu banyak yang ingin saya bicarakan, tapi tidak terucap oleh kata-kata. Inilah adalah hasil nukilan saya sebagai pengganti diri saya buat insan yang teristimewa dalam hidup saya  yang mengajar  erti dunia ini dan mencintai sang penciptaNya, insan yang yang tercinta itu bergelar seorang ayah yang diberi nama Khiri Mohd Yahaya. Terimalah dari anakmu ini.
Seorang ayah bukan sekadar perkataan ayah atau panggilan seorang ayah dari anaknya. Bagi  saya, ayah adalah seorang insan yang paling berharga dalam hidup saya. Tanpanya siapalah saya di dunia ini dan masih adakah saya di dunia ini, ayahku tidak ternilai dan tiada harga dan juga tidak mungkin ada penggantinya. Kaulah insan yang  disayangi dan ayah yang terbaik buatku. Diriku bersyukur Ya Allah SWT dikurniakan ayah sepertimu.
Teringat kembali nostalgia yang manis bersamamu ayah. Ketika  saya menelefon ke rumah, akan kedengaran suara yang kelakar dan saya  sangat pasti siapa lagi jika bukan ayahku, yang selalu mengusik sewaktu aku menelefon , sudah  tentu seorang ayah mengenali suara anaknya ini. Suaranya yang lucu pasti akan membuat anakmu ini tidak kering gusi  untuk gelak- ketawa, hanya dengan suaramu boleh membuatkan anakmu yang jauh merantau di negeri lain untuk menuntut illmu terubat rindunya padamu ayah dan keluarga. Cerita tentang suaranya, susah untuk diperkatakan atau digambarkan, hanya saya dan adik-beradik sahaja yang tahu. Kadang-kadang ditukarkan suara menjadi perempuan, suara lembut, suara kartun atau macam-macam lagi tapi yang pasti saya pasti mengenali suara itu kerananya adalah ayahku.
Sungguh  sayalah insan yang bertuah dan insan paling gembira mempunyai ayah sepertimu, ayah yang seorang periang tapi tegas pasti ada. Ayah kaulah segalanya buatku, sayangku pada ayah tidak dapat diluahkan oleh kata-kata atau bicara. Jasamu tidak mungkin dapat saya membalasnya, terlalu banyak jasa dan pengorbananmu ayah untuk membesar kami adik-beradik, berkorban apa sahaja  terutamanya duit meskipun kita bukanlah dari keluarganya berada namum kau gagahkan jua tenaga kudratmu ayah, atau apa sahaja untuk memastikan kami mendapat belajar dan menuntut ilmu. Kerana kau tahu betapa pentingnya ilmu itu dan didalam ajaran islam juga menyuruh kita belajarlah sehingga ke negeri china.
 Betapa mesra dan sabarnya  kau ayah melayani kami anak-anakmu dari kecil hingga ke besar, tidak pernahku terasa  sedikit pun kekurangan kasih sayang yang kau curahkan pada kami, mesramu tidak pernah hilang kerana dimamah usia, mesramu tercurah juga kepada cucu-cucumu ayah.
Saya anakmu ayah, terlalu banyak dosaku padamu ayah, maafkanlah dosa-dosa anakmua ini.  Ya Allah Engkau panjangkanlah umur ayahku ini Ya Allah, masih belum puas kami bersamanya Ya Allah, Engkau berikanlah kesempatan kepadaku agar dapatku membalas segala jasa dan pengorbanannya yang membesarkan kami,ku meminta padaMU Engkau berrikanlah ayahku kesihatan yang baik dan sentiasa kuat agar dapat ayahku membimbing kami ke jalanMu Ya Allah, hambamu yang hina lagi kerdil ini, memohon padaMu tempatkanlah ayahku  dikalangan orang–orang beriman dan bertaqwa serta keluarganya di syurgaMu Ya Allah amen.
Hasil Nukilan
CahayaTaqwa

Comments

Popular Posts