kata-kata orang sekarang tapi kita jawablah dengan berhikmah...

Pernah mendengar ucapan2 begini:

1. Semua yang tutup aurat, tentu masuk syurga ke?
Jawab:Tak tutup aurat bererti derhaka kepada Allah, jawablah dengan Allah nanti!

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
Jawab: Tidak tutup aurat adalah satu dosa besar, mengumpat satu dosa yang lain.

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
Jawab: Orang yang dah bertaubat nasuha akan diterima taubatnya dan segala dosanya semasa dia jahat dulu terhapus. Yang ditegur tak mahu bertaubat ke?

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
Jawab: Pakai seksi adalah tindakan menderhaka kepada Allah. Siapa yg derhaka bukan dari golongan yang baik di sisi Allah kecuali dia bertaubat dan tdk mengulanginya lagi.

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
Jawab: Memang tu hak anda mengikut kacamata anda, tetapi anda telah menyebabkan orang lain berdosa dan mengundang masalah kepada masyarakat serta melakukan kesalahan mengikut Islam dan bersedialah anda untuk dihakimi di mahkamah Allah nanti.

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Jawab: Menilai seksi atau tidak bukan nilaian dan ukuran manusia tetapi dinilai dari kacamata hukum Allah.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
Jawab: Solat dan puasa adalah satu kewajipan, tutup aurat satu kewajipan yang lain sebagai hamba Allah.

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Jawab: Dunia ini adalah kepunyaan Allah dan Allah telah menyediakan peraturannya. Jika nak ikut suka hati anda, carilah dunia lain yang bukan milik Allah.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Jawab: Cakaplah dengan Allah nanti pada hari tidak bergunanya harta dan anak pinak dan pastinya Allah akan menempelak anda dan anda tahu apakah kesudahan anda jika anda benar-benar orang beriman.

10. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Jawab: Seru apa lagi yang anda tunggu? Tidakkah ini serunya?
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

semoga mendapat manfaat dari kata-kata diatas...ana bukan orang yang baik atau alim untuk memberi nasihat pada orang lain tapi  ana ingin menjadi hamba Allah SWT  yang menegakkan agama Allah..aamiin

Comments

  1. nice info paling suka no 10 :). Semoga Allah membuka pintu hidayah untuk semua hambanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts