Pemimpin...
Pemimpin bagi saya adalah seseorang ketua yang memimpin sebuah negara dan tidak kiralah satu kumpulan kecil atau pun besar, kita sendiri tahu negara memerlukan pemimpin untuk memimpin tidak kiralah pemimpin dalam keluarga atau diri sendiri. Diri kita sendiri pun memerlukan satu pemimpin dalam diri kita iaitu hati kita sendiri. Hati ini yang akan memimpin kita ke arah mana, kebaikan atau keburukan.Saya berdoa agar umat islam terutamanya saya sendiri mempunyai hati yang dipenuhi dengan keimanan yang kuat kepada Allah S.W.t.ameen
Saya mengakui kepentingan pemimpin negara adalah sangat penting dalam sesebuah negara kerana ia nasib rugi dan untung dan kepentingan rakyat sesebuah negara itu. Saya mengharapkan sesiapa yang ingin menjadi pemimpin jadilah pemimpin yang adil dan dapat menegakkan agama Islam. Petikan dibawah saya buat panduan agar kita semua sentiasa ingat tanggungjawab seorang pemimpin bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia akan disoal di akhirat sana.
kita ambil Islam sebagai asas perjuangan kita. Hidup kita ini bukan selesai setakat mati saja. Pemerintah adalah pemegang amanah. Ada Hadith sahih (sambil membaca hadith) bermaksud; “mana-mana pemimpin yang memerintah umat Islam dia mati dalam menipu rakyatnya, Allah haramkan dari masuk syurga.”
Menipu rakyat bukan menipu semua rakyat. Contohnya, Nabi kita sebelum dipanggil menghadap Allah, dalam keadaan keuzuran kerana nak ‘musafir’ jauh sempat panggil semua orang yang ada, dan menyebut, sesiapa yang aku aibkan di tengah ramai, datanglah kepada aku ambil hak dia balik dan aibkanlah aku. Dan dia sebutlah apa yang aku buat ini sebagai nak balas balik. Sesiapa yang telah aku pukul belakangnya, ini belakang aku, datanglah pukul balik, ambil balik hak kamu (qisas) balik aku tidak mahu berjumpa dengan Allah aku ada kezaliman yang aku tinggalkan kepada rakyatku.
Satu riwayat menyatakan seorang lelaki, tampil ke hadapan Rasululah s.a.w. berkata dulu Rasulullah tikam perut aku dengan tongkat dalam satu barisan tentera dan saya terasa sakit ketika itu...saya nak qisas, (balas). Sahabat merayu jangan dan dia kata dia nak balas juga. Rasulullah juga melarang jangan itu hak dia. Dia datang dan tongkat itu ada, dia kata tak adil dulu semasa tuan tikam aku baju aku terbuka, sekarang tuan pakai baju dia minta dibuka baju untuk menikamnya. Orang ramai dan sahabat merayu janganlah, tetapi dia kata tidak... aku nak balas juga. Nabi membuka perutnya... lelaki itu datang, bukan menikam tetapi mencampak tongkat ke bumi dan mencium perut Rasulullah sambil berkata, “saya telah memaafkan tuan sejak hari itu lagi sebab saya bersalah. Jadi hari ini adalah peluang saya untuk mengucup perut tuan.”
Ya Allah, Rasulullah kita yang kita kasihi dan kita kagumi didalam keuzuran, baginda sanggup berjalan jauh untuk tidak mahu meninggalkan kezaliman pada rakyat. Tanyalah pada diri sendiri adakah pemimpin pada masa kini yang sedang uzur akan berjumpa dengan kita sebagai rakyat, Ya Allah betapa mulianya nabi kita . Inilah tanggungjawab kita iaitu memilih siapa pemimpin kita, saya berharap orang di luar sana pergilah mengundi kerana itu adalah satu tanggngjawab kita amanah kita sebagai rakyat.Jangan biarkan kita, disoal disana nanti kerana tidak menjalankan amanah.Ingat inilah tugas kita sebagai rakyat biarlah kita mengundi sekarang, jangan biar hati kita takut sesuatu benda selain ALLAH S.W.T dan berjuanglah sahabatku, perjuangan kita tidak akan selesai. Semoga kita semua memilih pemimpin kita yang tergolong dalam orang yang bertaqwa dan beriman….ameen
Comments
Post a Comment