Permulaan...
Bismillahirrahmanirrahim...
Saya ingin menulis dan menceritakan al-kisah bagaimana saya mula untuk menulis blog ini. Pada mulanya hati ini merasa ragu-ragu untuk membuat blog ini kerana saya tahu sesuatu perkara ada buruk baiknya samalah dengan blog ini ada orang menggunakan dengan baik untuk ke jalan Allah dan ada sesetengah orang menggunanya yang membawa kepada kekufuran. Itulah yang membuat hati saya takut untuk menulis saya takut-takut menyalahgunakannya. Semoga saya diberkati oleh Allah S.W.T amen.
Alhamdulillah, Allah S.W.T telah membuka hati saya untuk memulakan penulisan di dalam blog ini dan lahirlah kasih ke syurga dari saya untuk para pembaca. Terima kasih yang teramat juga kepada seorang kakak sahabat yang menguatkan hati saya untuk meneruskan perjuangan saya dalam penulisan, dalam penulisan blognya dibawah yang telah menyedarkan saya perjuangan menegakkan islam boleh dalam apa jua bentuk dan penulisan ini boleh memberi faedah yang banyak sekali untuk generasi yang akan datang insyaAllah:
Teruslah menulis kerana ianya resam dan tradisi para ulama, peruntukkan sedikit dari waktu kalian yang banyak itu untuk menulis.
Menulislah selagi dikurniakan akal yang sempurna, boleh berfikir, boleh menaakul, boleh membuat perbandingan, boleh membuat analisis. Pendek kata akal itu masih ada dan berfungsi.
Menulislah selagi dianugerahkan nikmat bernafas, degupan jantung yang tiada henti, aliran darah yang lancar, mata yang jernih, untuk melihat dan mengambil pengajaran, kerana alam ini, juga diri kita adalah sumber hidayah juga ilham yang tidak akan pernah habis.
Menulis satu cara untuk berkongsi, untuk memberitahu, untuk menyuarakan pendapat, untuk mencadangkan, untuk membangkitkan semangat mencetuskan motivasi, mencambah pemikiran.

Saya mengharapkan sesiapa yang membaca ini akan menguatkan perjuangannya dalam menegakkan Agama kita iaitu Islam satu agama yang suci tidak kira dalam apa jua bentuk dan semoga kita semua melakukan segala perkara di dunia ini yang hanya sementara hanya kerana ingin mendapatkan keredhaan dari Allah S.W.T amen.
Comments
Post a Comment