Perjuangan

SubhanAllah..sungguh indah liriknya, hati ana terpaut dengan keindahan maksudnya.Perjuangan kita tidak akan pernah habis dan terhenti sehinggalah nyawa kita bercerai dengan jasad kita.Berjuanglah para sahabat ana janganlah pernah berfikir untuk berhenti,berjuanglah hanya Kerana Allah SWT, perjuangkanlah agama Allah iaitu ISLAM.Yakinlah janji Allah itu pasti. Islam pasti menang.Semoga kita mati dalam membela islam dan dalam iman insyaAllah.Peringatan juga untuk ana  hamba yang lemah dan hina dipandanganNya.


Perjuangan
Album : 
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
 
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
 
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
 
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

Comments

Popular Posts