diet sihat....
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Wah..diet bukan satu yang mudah bagi setiap orang terutama pada diri saya sendiri, saya baru terbaca yang tidor awal adalah satu bagus untuk turunkan berat badan dan kesihatan kita. Tidor awal adalah satu yang sukar untuk saya tapi bukan sesuatu yang perkara mustahil atau tidak boleh. Mari kita amalkan tidor awal, saya pun kena berusaha bersungguh-sungguh untuk tidor awal.InsyaAllah
DIET: Topik Baru Dakwah
July 30th, 2011 by Abu Saif 8:16 amBerbual topik diet bersama adik-adik yang menjadi AJK Muslim Overseas Camp. Anak muda ini perlu diingatkan bahawa usaha menjaga kesihatan dan berat badan jauh lebih mudah berbanding menurunkannya di kemudian hari. Mencegah lebih baik daripada mengubat
“Jadi, sudah 30kg ustaz turunkan?” tanya pengerusi majlis.“Alhamdulillah, lebih kurang begitulah” saya membalas.
Kami mengambil tempat masing-masing di kerusi makan.
“Turun berat badan tu, hanya sekadar dietkah ustaz?” seorang lagi AJK program bertanya.
“Tidak juga. Doktor memberitahu saya, rukun penurunan berat badan mesti digabungkan antara senaman, diet dan perubahan cara hidup yang menyeluruh. Antara yang paling ditegaskan ialah membetulkan ‘pattern’ tidur” saya menyambung.
“Oh, tidur macam mana?” berminat sekali beliau bertanya.
“Doktor pesan supaya sentiasa berusaha tidur awal. Saya sasarkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, mesti tidur jam 11 malam. Jadi, lepas ceramah kena tahan muka memberitahu orang masjid, saya nak balik tidur!” saya bercerita.
Mereka ketawa.
“Senaman macam mana pula?” tanya AJK Protokol.
Tangannya rancak mencedok nasi ke pinggan semua. Di pinggan saya nasi tidak menyinggah kerana sudah sedia maklum.
“Mula-mula, zaman 133kg dahulu hanya lakukan Plank Exercise. Sedikit demi sedikit, boleh tingkatkan. Kini saya sasarkan tiga kali seminggu berjogging. Dapat setengah jam pun jadilah. Untuk sekitar 3000 steps bagi satu sesi. Turunkan jumlah lemak, tingkatkan jumlah otot, naikkan metabolisma, dan terapi emosi. Lebih baik berbanding beriadah di dalam gimnasium” saya berkongsi, sambil menjamah timun, ulam raja dan salad.
“So, ustaz tak pergi ke gimnasium?” sampuk salah seorang lagi AJK yang sebelum ini hanya memerhati.
“Sesekali. Ada benda di gimnasium itu yang susah nak dapat di tempat lain. Kalau nak kempiskan perut yang menggelebeh macam wanita lepas bersalin ini, saya gunakan dumb bell. Berdiri, tegakkan tangan ke atas sambil menggenggam dumb bell dan naik turun ke paras berlutut macam ketok ketampi tu banyak-banyak. Ia akan sasarkan otot di bahagian perut” ujar saya.
“Mana ustaz tahu semua tu?” tanyanya lagi.
“Ada yang doktor ajar. Ada yang saya baca. Ebook Kevin Zahri tu bagus. Di dalam iPhone ini pun ada aplikasi ALL FITNESS. Lengkap dengan video demo dan penerangan” saya menunjukkan aplikasi berkenaan di iPhone saya.
Perbualan terus berjalan rancak.
Semenjak memulakan program diet, dan saya sentiasa menyebutnya serba sedikit di celah ceramah, hampir 100% perbualan di meja jamuan selepas program akan tertumpu kepada isu-isu kesihatan, makanan dan diet.
Kasihankan Zainal Lutfi dan Ahmad Shakir sahaja, apabila mereka meneman saya ke lokasi program, hampir pasti mereka akan mendengar topik yang sama.
Saya pun boleh jemu juga.
Tetapi mengubah paradigma berkaitan topik itu daripada sembang kosong atau sekadar tentang diet kepada topik dakwah, maka adrenaline rush saya boleh meningkat semula. Seronok.
Saya juga semakin perlu membetulkan apa yang saya faham tentang pemakanan, penjagaan kesihatan diri, maklumat tentang sistem yang membentuk fisiologi tubuh, kerana semakin lama, mereka yang berada di sekeliling saya semakin menuntut fakta, dan bukan lagi cerita.
Akhirnya, ia menjadi topik dakwah baru.
Penjagaan kesihatan diri.
Diet.
Kesedaran tidur awal.
Mengubah hidup secara holistik.
Ia masih baru buat saya, namun saya amat bersemangat menerokanya. Menawarkan solusi total untuk kehidupan bersendikan TAQWA. Dengan TAQWA, fizikal diperbaiki, dengan taqwa juga intelektual dibina, dengan taqwa emosional dikembangkan dan taqwa terus menjadi tunjang spiritual. Baru lengkap penerangan dan amalan ISLAM sebagai DEEN AL-HAYAH (sistem kehidupan).
Alhamdulillah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Comments
Post a Comment