Dokumen rasmi menunjukkan kemesraan Assad dengan Israel

Seorang wartawan ditugaskan untuk menjalankan siasatan untuk menguraikan suatumasalah. Maka pasukan Wartawan Islam Bersatu ( JITU ) membuat liputan secara langsung ke Syria selama dua minggu. Hasilnya ditemui dokumen rasmi menunjukkan hubungan mesra antara Syria dan Zionis. Dokumen tersebut menunjukkan kerjasama antara pasukan Bashar Assad dengan Israel.

"Dokumen ini diperolehi oleh pasukan JITU dari markas tentera Syria di mana pasukan Bashar diarahkan untuk menjaga dataran tinggi Golan di Israel," kata Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi dalam buku ' Zionis dan Syiah Bersatu Hentam Islam ' di Solo, minggu lepas.

Setiausaha Agung JITU juga mendedahkan sepanjang pasukan wartawan Islam bertemu dengan para mujahidin dan ulama Syria, mereka memberitahu adanya kerjasama antara kedua-dua belah pihak untuk menghancurkan umat Islam di Syria.

"Sebab jika Syria dapat dikuasai oleh Mujahidin, maka kiamat bagi Israel. Sangat logik kerana Israel semakin dikepung oleh kekuatan umat Islam, "

Pizaro kemudian menunjukkan bukti lain berkaitan kerjasama antara pemimpin tertinggi Syiah dengan Israel sejak zaman Hafez Assad berkuasa. Bukti tersebut adalah pengakuan Khalil Musthafa dalam bukunya Suquthul JAULAN ( Kejatuhan Golan ke Tangan Israel). Khalil Musthafa adalah Perisikan Syria di Qunaithirah dalam perang Arab Israel.

" Khalil Musthfa kemudian membelot dan menulis kelicikan Hafid Asad yang menjual Golan kepada Israel dalam buku ini ," sambung Pizaro .

Pizaro menyeru kepada umat Islam jangan mudah termakan propaganda palsu dari kalangan Syiah. Sering kali Syiah mendakwa sebagai pihak utama dalam melawan Israel. "Padahal mereka berkerjasama secara diam sebagaimana yang telah berlaku di Iraq, " tegasnya.

Pizaro juga kesal dengan lontaran dari kalangan tertentu dengan mudahnya menuding Mujahidin Syria dibiayai Israel dan Amerika untuk jatuhkan Assad. "Saya sudah lihat paparannya, ternyata analisanya lemah sama sekali. Hanya berdasarkan postingan foto di internet, "tegasnya.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber muslimina.blogspot.com

Comments

Popular Posts