Tentera beku akaun pimpinan Ikhwan Muslimin

MESIR: Selepas mengeluarkan waran tangkap dan memburu pimpinan Ikhwanul Muslimin, pihak tentera Mesir terus membuat tekanan dengan membekukan akaun mereka pula.

Semalam, Pejabat Peguam Negara Mesir mengeluarkan arahan kepada Bank Sentral Mesir (CBE) agar membekukan pemilikan saham dan syarikat 14 orang pemimpin Ikhwan Muslimin.

Antara yang menjadi mangsa tindakan terbaru tentera ini termasuk Mursyidul Am Dr.Mohammed Badi'e, Naib Mursyidul Am Mahmud Izzat, Khairat Shatir, Rasyad Bayoumi, Presiden FJP Dr. Saad Katatni dan Naib Presiden Parti Wasat Esom Sultan.

Khairat Shatir, ahli perniagaan yang memiliki banyak syarikat perniagaan pernah beberapa tahun merengkuk dalam penjara di bawah rejim Mubarak bahkan syarikat miliknya diarah tutup. 

Pernah tahun 1992 beliau membeli beberapa ekar tanah di bandar 6 Oktober untuk membina sebuah kilang komputer tetapi malangnya tanah dirampas, syarikat beliau disita dan beliau sendiri dihadapkan ke mahkamah tentera.

Difahamkan tindakan tersebut dibuat ekoran sisatan dijalankan pendawa raya terhadap dakwaan ke atas bekas Presiden Muhammad Morsi yang dijatuhkan melalui rampasan kuasa.


Harakahdaily,16 Jul 2013

Comments

Popular Posts